Saturday, December 1, 2012

Hukum Memakai Cincin bagi Lelaki

Assalamualaikum wbt :)

Okey, kali ini saya ingin berkongsikan secebis info umum dengan korang semua iaitu hukum memakai cincin bagi lelaki. Sounds so familiar rite? Tapi tak mustahil ada di antara kita yang masih kabur mengenainya.

So apa dia hukum memakai cincin bagi lelaki?

For your information, hukum pemakaian cincin bagi lelaki adalah harus, dengan syarat ianya mestilah diperbuat daripada perak ataupun bahan lain dan tidak mengandungi sebarang unsur emas seperti yang dinyatakan oleh Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim iaitu
“Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya sama ada emasnya sedikit atau banyak.”

Apa yang menimbulkan masalah, bila cincin tersebut dihasilkan dengan mencampurkan emas ke dalamnya sepertimana proses pembuatan cincin suasa.

Apa itu logam suasa dan kenapa ianya haram bagi lelaki?

Suasa atau lebih dikenali sebagai electrum dalam istilah sains adalah campuran logam di antara emas, perak dan tembaga merah. Proses pembuatan suasa terdiri daripada
1. Tembaga 70%
2. Emas 20%
3. Perak 10%
tetapi boleh diubah kandungannya untuk menghasilkan warna yang berbeza-beza (seperti yang selalu dilakukan oleh penempa emas di Kelantan).
Oleh kerana campuran emas lebih banyak daripada campuran perak dalam sebentuk cincin suasa, maka ianya telah dihukumkan sebagai emas dan secara automatiknya haram untuk dipakai oleh lelaki sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud:
“Rasulullah SAW melarang daripada memakai cincin emas”.
Jelas bukan.

Terima kasih kerana sudi membaca =)

0 kata-kata: