1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati. tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..
3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadikenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..
4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......
by: Neoz Suharman
Friday, March 29, 2013
6 Sebab Beruntungnya Wanita Mempunyai Rahim
dikongsi oleh mieka 0 kata-kata
Saturday, March 16, 2013
Doa Pelembut Hati
dikongsi oleh mieka 0 kata-kata
Friday, March 15, 2013
10 Golongan Yang Diusir Dari Padang Mahsyar
Assalamualaikum wbt.
2. Mereka diusir berupa babi. Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram.
3. Mereka dihalau dalam keadaan terbalik kaki di atas dan kepala di bawah. Mereka adalah dari golongan yang suka berdusta.
4. Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal. Mereka adalah dari golongan yang riak, bangga diri dan sombong.
5. Mereka dihalau dalam keadaan mengunyah lidah sendiri sedang lidahnya itu menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulut keluar nanah yang menjijikkan. Mereka adalah pemidato yang ucapannya berlainan dengan perilakunya.
7. Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya. Mereka adalah orang yang mengganggu jirannya.
8. Mereka dihalau dalam keadaan buta. Mereka adalah dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum.
9. Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai. Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, puasa, solat, tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya.
10. Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas. Mereka adalah manusia yang syirik kepada Allah SWT.
dikongsi oleh mieka 0 kata-kata
Thursday, March 14, 2013
9 Mimpi Nabi Muhammad SAW
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua :)
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang, dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
dikongsi oleh mieka 0 kata-kata
Wednesday, March 13, 2013
24 Perkara Jangan Dilakukan !
Assalamualaikum wbt semua :)
1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH SWT
2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan.
7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.
8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim..
14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH SWT dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH SWT
19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.
22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH SWT tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.
24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH SWT itu lebih mengetahui
dikongsi oleh mieka 0 kata-kata
Friday, March 8, 2013
10 Perangkap Syaitan
Assalamualaikum wbt dan salam jumaat, penghulu segala hari kepada semua :)
Kali ini.. saya ingin berkongsi tentang 10 perangkap Syaitan Laknatullah dalam usaha mereka untuk memecah-belahkan umat Islam.
Hindarilah perlakuan-perlakuan atau sifat-sifat dibawah ini, kerana sesungguhnya ia adalah perangkap dan jerat syaitan untuk menyesatkan manusia.

1. - Sombong dan Angkuh
2. - Bakhil dan Kedekut
3. - Takbur dan Bongkak
4. - Khianat
5. - Hasad dengki
6. - Suka meremehkan orang lain
7. - Tidak suka menerima ilmu dan nasihat
8. - Ujub atau bangga diri
9. - Suka berangan-angan
10. - Buruk sangka
"ya Allah, jauhilah kami daripada sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diri kami dengan sifat-sifat mahmudah"
Semoga memberi manfaat kepada semua..
dikongsi oleh mieka 0 kata-kata
Friday, March 1, 2013
10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah
1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
dikongsi oleh mieka 0 kata-kata
Friday, February 22, 2013
Asmaul Husna / 99 Nama Allah dan Maksudnya
2. Ar-Rahman - Maha Pemurah
3. Ar-Rahim - Maha Penyayang
4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus - Maha Suci
6. As-Salam - Maha Penyelamat
7. Al-Mu'min - Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
9. Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir - Maha Besar
12. Al-Khaliq - Maha Pencipta
13. Al-Bari' - Maha Perancang
14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab - Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah - Maha Pembuka
20. Al-^Alim - Maha Mengetahui
21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid - Maha Penghina
24. Ar-Rafi^ - Maha Tinggi
25. Al-Mu^iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
26. Al-Muzil - Maha Merendahkan
27. As-Sami^ - Maha Mendengar
28. Al-Basir - Maha Melihat
29. Al-Hakam - Maha Menghukum
30. Al-^Adl - Maha Adil
31. Al-Latif - Maha Halusi
32. Al-Khabir - Maha Waspada
33. Al-Halim - Maha Penyantun
34. Al-^Azim - Maha Agong
35. Al-Ghafur - Maha Pengampun
36. Ash-Shakur - Maha Pengampun
38. Al-Kabir - Maha Besar
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil - Maha Luhur
43. Al-Karim - Maha Mulia
44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan
46. Al-Wasi^ - Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha Pencinta
49. Al-Majid - Maha Mulia
50. Al-Ba^ith - Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq - Maha Benar
53. Al-Wakil - Maha Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy - Maha Melinuingi
57. Al-Hamid - Maha Terpuji
58. Al-Muhsi - Maha Menghitung
59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu^id - Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha Mematikan
63. Al-Hayy - Maha Hidup
64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha Menemukan
66. Al-Majid - Maha Mulia
67. Al-Wahid - Maha Esa
68. As-Samad - Maha Diminta
69. Al-Qadir - Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan
73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan
75. Az-Zahir - Maha Menyatakan
76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan
78. Al-Muta^ali - Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa
82. Al-^Afuww - Maha Pemaaf
83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha Mengadili
87. Aj-Jami^ - Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan
90. Al-Mani^ - Maha Membela/Menolak
91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi^ - Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi^ - Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi - Maha Kekal
97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha Penyabar
dikongsi oleh mieka 1 kata-kata
10 Nasihat Imam Abu Hanifah Tentang Kehidupan
dikongsi oleh mieka 0 kata-kata
Sunday, February 17, 2013
Siapakah Golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah?
Ahlus sunnah Wal Jamaah adalah mereka yang :
Paling Penting :
• Jika kamu bertemu dengan golongan yang melengkapi syarat yang saya sebutkan ini, dekatilah mereka dan santunilah mereka..Moga kamu akan beroleh Rahmat Allah taala…
Ustaz Mohd Nazrul Abdul Nasir ,
BA, Hons, Usuluddin danTafsir
Universiti Al-Azhar
dikongsi oleh mieka 0 kata-kata