Friday, February 22, 2013

Asmaul Husna / 99 Nama Allah dan Maksudnya

Assalamualaikum wbt :)

Dalam Islam, Asmaul Husna merupakan nama-nama Allah SWT yang terbaik. Maksud Asmaul Husna dari segi bahasa ialah nama-nama Allah yang baik, mulia dan agung, sesuai dengan sifat-sifat-Nya. 


Nama-nama Allah SWT yang agung dan mulia itu merupakan satu kesatuan yang menyatu dalam kebesaran dan kehebatan Allah, sebagai pencipta dan pemelihara alam semesta beserta segala isi di dalamnya.


1. Allah
2. Ar-Rahman - Maha Pemurah
3. Ar-Rahim - Maha Penyayang
4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus - Maha Suci
6. As-Salam - Maha Penyelamat
7. Al-Mu'min - Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
9. Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir - Maha Besar
12. Al-Khaliq - Maha Pencipta
13. Al-Bari' - Maha Perancang
14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab - Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah - Maha Pembuka
20. Al-^Alim - Maha Mengetahui
21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid - Maha Penghina
24. Ar-Rafi^ - Maha Tinggi
25. Al-Mu^iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
26. Al-Muzil - Maha Merendahkan
27. As-Sami^ - Maha Mendengar
28. Al-Basir - Maha Melihat
29. Al-Hakam - Maha Menghukum
30. Al-^Adl - Maha Adil
31. Al-Latif - Maha Halusi
32. Al-Khabir - Maha Waspada
33. Al-Halim - Maha Penyantun
34. Al-^Azim - Maha Agong
35. Al-Ghafur - Maha Pengampun
36. Ash-Shakur - Maha Pengampun
37. Al-^Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir - Maha Besar
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil - Maha Luhur
43. Al-Karim - Maha Mulia
44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan
46. Al-Wasi^ - Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha Pencinta
49. Al-Majid - Maha Mulia
50. Al-Ba^ith - Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq - Maha Benar
53. Al-Wakil - Maha Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy - Maha Melinuingi
57. Al-Hamid - Maha Terpuji
58. Al-Muhsi - Maha Menghitung
59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu^id - Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha Mematikan
63. Al-Hayy - Maha Hidup
64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha Menemukan
66. Al-Majid - Maha Mulia
67. Al-Wahid - Maha Esa
68. As-Samad - Maha Diminta
69. Al-Qadir - Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan
73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan
74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan
75. Az-Zahir - Maha Menyatakan
76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan
78. Al-Muta^ali - Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa
82. Al-^Afuww - Maha Pemaaf
83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha Mengadili
87. Aj-Jami^ - Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan
90. Al-Mani^ - Maha Membela/Menolak
91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi^ - Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi^ - Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi - Maha Kekal
97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha Penyabar



Terima kasih kerana sudi membaca =)

10 Nasihat Imam Abu Hanifah Tentang Kehidupan


Entri ini sekadar berkongsi 10 nasihat Imam Abu Hanifah tentang kehidupan :


1. Jangan bakhil atau kedekut kerana perangai itu memalukan.

2. Jangan tamak dan berdusta, bahkan hendaklah sentiasa menjaga maruah.

3. Sentiasa menghormati dan meminta ampun maaf kepada guru juga pendidik.

4. Sentiasa menziarahi kubur guru dan tempat-tempat berkat.

5. Bercampur dengan orang yang tidak baik hanya untuk menyeru ke jalan Islam.

6. Jangan banyak memaki hamun dan mencela orang lain.

7. Bersegera ke masjid setiap kali mendengar laungan azan.

8. Jagalah rahsia jiran tetangga dan jangan menyebarkan rahsia yang diamanahkan.

9. Benci perkara yang hina di sisi orang berilmu.

10. Janganlah banyak berceriata kerana ia akan menjadi pembohongan. 



Terima kasih kerana sudi membaca =)

Sunday, February 17, 2013

Siapakah Golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah?


ahli sunnah wal jamaah
Ahlus sunnah Wal Jamaah adalah mereka yang :
1) Berpegang teguh dengan al-Quran , al-Sunnah , Ijma’ dan qiyas
2) mencintai Baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam serta seluruh ahli keluarga Baginda ridwanullah alaihim ajma’in tanpa berbelah bahagi
3)Mencintai seluruh para sahabat Baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam
4)Mengikut jalan para ulama dan salafussoleh radhiyallahu anhum ajma’in
5)Mengikuti pengajian dengan cara berguru bukan hanya dengan membaca buku sendiri dan memiliki sanad pengajian berguru dan bersambung sehingga kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam

6) Mencintai Ilmu Tasawwuf dan berAMAL dengannya. Bukan hanya mencintai malah mengamalkan.
7) Menghormati pandangan ulama-ulama terdahulu dan meletakkan kedudukan para ulama pada tempat yang sebaik-baiknya.
8) Mereka menentang fahaman yang bertentangan dengan mereka bukanlah kerana ingin mencari popular tetapi semata-mata mencari keredhaan Allah taala dan Baginda Rasul Sallallahu alaihi wasallam. Bukan juga mereka menentang kerana ingin menyerang peribadi susuk tubuh tertentu.
Paling Penting :
“Mereka sangat mengamalkan akhlak Baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam baik dalam percakapan , perbuatan dan suluk hidup mereka..”
• Jika kamu bertemu dengan golongan yang melengkapi syarat yang saya sebutkan ini, dekatilah mereka dan santunilah mereka..Moga kamu akan beroleh Rahmat Allah taala…

Sumber :
Ustaz Mohd Nazrul Abdul Nasir ,
BA, Hons, Usuluddin danTafsir
Universiti Al-Azhar

Terima kasih kerana sudi membaca =)