Saturday, December 22, 2012

5 Sebab Doa Ditolak


Doa itu senjata orang Mukmin. Setiap hari kita berdoa supaya dipanjangkan usia, sihat tubuh badan, bertambah rezeki, bertemu jodoh yang baik dan macam-macam lagi. Ada kalanya doa itu dimakbulkan Tuhan dan ada juga doa yang tidak dikabulkan. 


Jom baca 5 perkara yang membuatkan kita terhijab atau doa ditolak oleh Allah, iaitu apabila kita melakukan :
1. Dosa kerana menyakiti / menderhaka ibu bapa

Ibu bapa adalah mereka yang telah berkorban untuk menjadikan kita insan yang berguna di dunia dan akhirat. Jika kita menderkaha atau menyakiti hati mereka sedangkan perintah-Nya bertepatan dengan syariat Islam, Allah pasti murka kepada kita.

Awas! Doa anak derhaka tidak akan diangkat malaikat ke hadrat ilahi. Oleh itu, tidak ada perubahan atau peningkatan pada diri anak derhaka kerana doa mereka ditolak. Jadilah mereka orang yang rugi di dunia dan akhirat.

2. Dosa kerana tidak taat kepada guru

Guru adalah orang yang bertanggungjawab mendidik dan mengasuh kita selain ibu dan bapa. Segala arahannya perlu diikuti selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Jangan sampai guru berasa muak dengan kita, supaya tidak tidak ditimpa malapetaka seperi susah menerima ilmu, gelap hati, keras kepala, malas beribadat, doa dan amalan tidak terangkat dan tidak dapat memperbaiki akhlak.

3. Dosa kerana menderhaka kepada suami

Isteri yang menderhaka kepada suami tidak layak mencium bau syurga. Allah sangat murka dan melaknat isteri yang membelakangi suaminya. Besarnya kedudukan suami di sisi Allah. Seorang isteri walaupun iabadatnya sehebat ibadat Siti Maryam (ibu Nabi Isa) tiada nilai sedikitpun di sisi Allah jika masih menderhaka kepada suami.

4. Dosa kerana mengingkari pemimpin

Pemimpin terbahagi kepada 2 iaitu pemimpin atasan dan pemimpin bawahan. Perintah mereka wajib dipatuhi selagi tidak bertentangan dengan syariat. Pemimpin yang dimaksudkan di sini ialah pemimpin yang adil kepada orang bawahan, soleh lagi berjiwa tauhid, bukan pemimpin yang fasik dan berbuat mungkar kepada Allah. Jadi ukurlah diri masing2 sejauh mana ketaatan kepada pemimpin.

5. Dosa kerana menganiaya / menzalimi orang lain

Golongan yang suka menganiaya / menzalimi orang lain termasuklah orang yang gemar menabur fitnah, mengadu domba, buruk sangka sesama manusia, suka menyakiti hati orang lain, sama ada dengan lidah atau tingkah laku. 

Jika kita melakukan 1 daripada 5 perkara di atas, terhijablah doa dan amalan kita. Oleh itu, jika ingin doa dimakbulkan Allah, jauhkan diri dari melakukan perkara yang mengundang kemurkaan Allah.



Terima kasih kerana sudi membaca =)

Saturday, December 1, 2012

Hukum Memakai Cincin bagi Lelaki

Assalamualaikum wbt :)

Okey, kali ini saya ingin berkongsikan secebis info umum dengan korang semua iaitu hukum memakai cincin bagi lelaki. Sounds so familiar rite? Tapi tak mustahil ada di antara kita yang masih kabur mengenainya.

So apa dia hukum memakai cincin bagi lelaki?

For your information, hukum pemakaian cincin bagi lelaki adalah harus, dengan syarat ianya mestilah diperbuat daripada perak ataupun bahan lain dan tidak mengandungi sebarang unsur emas seperti yang dinyatakan oleh Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim iaitu
“Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya sama ada emasnya sedikit atau banyak.”

Apa yang menimbulkan masalah, bila cincin tersebut dihasilkan dengan mencampurkan emas ke dalamnya sepertimana proses pembuatan cincin suasa.

Apa itu logam suasa dan kenapa ianya haram bagi lelaki?

Suasa atau lebih dikenali sebagai electrum dalam istilah sains adalah campuran logam di antara emas, perak dan tembaga merah. Proses pembuatan suasa terdiri daripada
1. Tembaga 70%
2. Emas 20%
3. Perak 10%
tetapi boleh diubah kandungannya untuk menghasilkan warna yang berbeza-beza (seperti yang selalu dilakukan oleh penempa emas di Kelantan).
Oleh kerana campuran emas lebih banyak daripada campuran perak dalam sebentuk cincin suasa, maka ianya telah dihukumkan sebagai emas dan secara automatiknya haram untuk dipakai oleh lelaki sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud:
“Rasulullah SAW melarang daripada memakai cincin emas”.
Jelas bukan.

Terima kasih kerana sudi membaca =)

Friday, November 30, 2012

10 Amalan Yang Sia-sia

Assalamualaikum wbt :)

Sedikit perkongsian ilmu yang saya peroleh daripada Ustazah Siti Nur Bahyah. Di mana terdapat 10 perkara yang termasuk dalam kategori yang sia-sia dan merugikan.

1. Lelaki atau wanita yang berdoa hanya untuk kepentingan dirinya sahaja tetapi tidak dimohonkannya doa kepada ibu bapanya sendiri dan kaum muslimin.

2. Orang yang sering membaca Al-Quran tetap tidak membaca secara tertib dan tidak istiqamah (dilakukan secara berterusan)

3. Lelaki atau wanita yang masuk ke dalam masjid kemudian dia keluar kembali tetapi dia tidak mendirikan solat sunat tahiyatul masjid.

4. Orang yang melalui kawasan tanah perkuburan tetapi tidak mengucapkan salam kepada mereka dan tidak mendoakan keampunan kepada mereka.

5. Lelaki yang keluar ke bandar pada hari Jumaat, tetapi dia tidak mengerjakan solat Jumaat secara berjemaah.

6. Lelaki atau wanita yang tinggal di suatu kawasan yang berdekatan dengan para ulama tetapi dia tidak menggunakan kesempatan untuk menambah ilmu pengetahuan.

7. Dua orang yang bersahabat, tetapi dia tidak bertanyakan tentang khabar diri dan keluarga masing-masing.

8. Lelaki atau wanita yang mengundang seseorang sebagai tetamunya tetapi mereka bersikap acuh tak acuh serta tidak melayan tetamu dengan baik.

9. Orang yang menjadikan masa mudanya berlalu begitu sahaja tanpa memanfaatkan waktu berharga dengan menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekertinya.

10. Orang yang tidak menyedari jiran tetangganya yang sedang dalam kelaparan sedangkan dia makan dengan kenyangnya di rumah.




Terima kasih kerana sudi membaca =)

Monday, November 12, 2012

10 Perkara yang menjadikan Manusia Tidak Bernilai di Sisi Allah

1- Ilmu yang tidak diamalkan.

2- Amal ibadat yang tidak disertakan dengan Keikhlasan.

3- Harta yang tidak digunakan di dunia untuk kemanfaatan di Akhirat.

4- Hati yang tidak merindui pertemuan dengan Allah SWT atau menCintai Allah SWT.

5- Percintaan yang tidak berlandaskan syariat Allah SWT.


6- Masa yang tidak digunakan untuk kebajikan atau kemanfaatan di Akhirat.

7- Ideologi yang berkisar dengan sesuatu yang tidak memberi faedah kepada Akhirat.

8- Berkhidmat dengan mana-mana majikan yang tidak mendekatkan diri kepada Allah SWT dan tidak menjanjikan kebaikan dunia pada diri anda.

9- Mereka yang tidak mampu memberi faedah pada diri sendiri.

10- Mereka yang tidak mampu menabur jasa kepada orang lain.





Terima kasih kerana sudi membaca =)

Friday, October 12, 2012

Pesan Imam Al Ghazali

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI Apa yang paling berat di dunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah

Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu

Murid 4: Daun-daun


Imam Ghazali: Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

Terima kasih kerana sudi membaca =)