Saturday, December 22, 2012
5 Sebab Doa Ditolak
dikongsi oleh mieka 0 kata-kata
Saturday, December 1, 2012
Hukum Memakai Cincin bagi Lelaki
Assalamualaikum wbt :)
Okey, kali ini saya ingin berkongsikan secebis info umum dengan korang semua iaitu hukum memakai cincin bagi lelaki. Sounds so familiar rite? Tapi tak mustahil ada di antara kita yang masih kabur mengenainya.
So apa dia hukum memakai cincin bagi lelaki?
“Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya sama ada emasnya sedikit atau banyak.”
Apa itu logam suasa dan kenapa ianya haram bagi lelaki?
2. Emas 20%
3. Perak 10%
dikongsi oleh mieka 0 kata-kata
Friday, November 30, 2012
10 Amalan Yang Sia-sia
Assalamualaikum wbt :)
Sedikit perkongsian ilmu yang saya peroleh daripada Ustazah Siti Nur Bahyah. Di mana terdapat 10 perkara yang termasuk dalam kategori yang sia-sia dan merugikan.
1. Lelaki atau wanita yang berdoa hanya untuk kepentingan dirinya sahaja tetapi tidak dimohonkannya doa kepada ibu bapanya sendiri dan kaum muslimin.
2. Orang yang sering membaca Al-Quran tetap tidak membaca secara tertib dan tidak istiqamah (dilakukan secara berterusan)
3. Lelaki atau wanita yang masuk ke dalam masjid kemudian dia keluar kembali tetapi dia tidak mendirikan solat sunat tahiyatul masjid.
4. Orang yang melalui kawasan tanah perkuburan tetapi tidak mengucapkan salam kepada mereka dan tidak mendoakan keampunan kepada mereka.
5. Lelaki yang keluar ke bandar pada hari Jumaat, tetapi dia tidak mengerjakan solat Jumaat secara berjemaah.
6. Lelaki atau wanita yang tinggal di suatu kawasan yang berdekatan dengan para ulama tetapi dia tidak menggunakan kesempatan untuk menambah ilmu pengetahuan.
7. Dua orang yang bersahabat, tetapi dia tidak bertanyakan tentang khabar diri dan keluarga masing-masing.
8. Lelaki atau wanita yang mengundang seseorang sebagai tetamunya tetapi mereka bersikap acuh tak acuh serta tidak melayan tetamu dengan baik.
9. Orang yang menjadikan masa mudanya berlalu begitu sahaja tanpa memanfaatkan waktu berharga dengan menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekertinya.
10. Orang yang tidak menyedari jiran tetangganya yang sedang dalam kelaparan sedangkan dia makan dengan kenyangnya di rumah.
dikongsi oleh mieka 0 kata-kata
Monday, November 12, 2012
10 Perkara yang menjadikan Manusia Tidak Bernilai di Sisi Allah
1- Ilmu yang tidak diamalkan.
2- Amal ibadat yang tidak disertakan dengan Keikhlasan.
3- Harta yang tidak digunakan di dunia untuk kemanfaatan di Akhirat.
4- Hati yang tidak merindui pertemuan dengan Allah SWT atau menCintai Allah SWT.
7- Ideologi yang berkisar dengan sesuatu yang tidak memberi faedah kepada Akhirat.
8- Berkhidmat dengan mana-mana majikan yang tidak mendekatkan diri kepada Allah SWT dan tidak menjanjikan kebaikan dunia pada diri anda.
9- Mereka yang tidak mampu memberi faedah pada diri sendiri.
10- Mereka yang tidak mampu menabur jasa kepada orang lain.
dikongsi oleh mieka 0 kata-kata
Friday, October 12, 2012
Pesan Imam Al Ghazali
Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.
Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.
IMAM GHAZALI Apa yang paling berat di dunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.
Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Imam Ghazali: Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.
dikongsi oleh mieka 0 kata-kata