Thursday, March 31, 2011
Cara menjadi anak yang soleh
dikongsi oleh mieka 5 kata-kata
Wednesday, March 30, 2011
Makna Bacaan dalam solat
Allah Maha Besar.
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
dikongsi oleh mieka 0 kata-kata
Friday, March 25, 2011
Ujian lumrah kehidupan
Ini merupakan simptom-simptom serangan examinitis yang selalunya menyerang kawasan kota dan bandar-bandar besar di seluruh dunia. Penyakit ini tidaklah begitu kronik jika mahu diukur dengan skala kemanusian seperti mana yang dihadapi oleh sebahagian manusia di Palestin, Darfur, Iraq, Filipina, Selatan Thailand dan banyak lagi.
Aplikasi Dan Natijah
Hikmah Sebuah Ujian
dikongsi oleh mieka 0 kata-kata
Thursday, March 17, 2011
Ada Apa Dengan Ucapan Salam?
dikongsi oleh mieka 0 kata-kata
Fadilat membaca bismillah
dikongsi oleh mieka 0 kata-kata
Tuesday, March 8, 2011
Memaafkan Untuk Ke Syurga??
dikongsi oleh mieka 0 kata-kata
Sunday, March 6, 2011
Fenomena 'couple'
Berulang kali saya perhatikan dunia yang kini semakin huru-hara. Pelbagai fitnah, tohmahan, penindasan dan kawalan yang berlaku keatas umat Muhammad S.A.W. Saya sedih dengan keadaan syabab Islam yang kini semakin leka dengan dunia. Saya amat sedih. Bila Islam hanya diletakkan dan dizahirkan sebagai agama namun batin dan di dalam tidak begitu. Islam pada nama sahaja namun tidak pada hati.
Mudah untuk saya simpulkan sedikit dengan masalah remaja kini. Bermula dengan gejala couple yang entah dari mana datangnya. Gejala ini dilihat mudah oleh remaja-remaja dan pemuda-pemuda kini. Sedang ada yang berilmu agama sendiri mengiyakan gejala couple ini dan menyebabkan remaja-remaja kebanyakkannya memikirkan gejala ini dibolehkan dalam Islam. Ingin saya tegaskan disini, tiada langsung istilah couple di dalam Islam. Perlu kita sedar, Islam menyediakan method untuk ummatnya berkeluarga. Couple bukanlah satu jalan yang baik untuk kita. Malah gejala ini merupakan satu kunci untuk merosakkan ummat Islam kini. Saya boleh buktikan mengapa couple itu haram. Ini buktinya :
Daripada Ibnu 'Abbas r.a berkata : Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan seorang perempuan yang bukan Mahramnya."
(H.R Bukhari dan Muslim)
Daripada Jabir b Samurah berkata : Rasulullah S.A.W bersabda : "Janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi yang ketiganya. (H.R Ahmad & Tirmidzi)
Maka dengan peringatan dan pesanan Rasulullah di atas maka terbuktilah bahawa couple itu hukumnya HARAM. Namun, mereka yang berada di dalam permainan syaitan masih lagi mencari jalan untuk menyelamatkan diri. Kata mereka : "Apa yang haramnya ? Kami tak pernah jumpa malah kalau kami berjumpa pun, kami selalu bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran dan agama. Malah kami selalu membaca Al-Quran bersama-sama. Kami juga selalu memberi tazkirah sesama kami supaya kami tidak lupa pada Allah."
Jika berkenaan situasi diatas, ada beberapa jawapan yang popular pernah saya tanya pada golongan-golongan ilmuwan dan ustaz-ustaz serta yang pernah saya terbaca. Namun saya mempunyai jawapan yang kukuh mengapa ia tetap haram walaupun masih melakukan perkara-perkara yang baik seperti membaca Al-Quran dan Belajar.
Jawapannya mudah. Allah S.W.T berfirman di dalam Al-Quran dalam Surah Al-Isra' ayat 32 yang bermaksud :
"Dan jangnlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji. Dan jalan yang buruk."
Dengan turunnya ayat diatas kepada Rasulullah, hal ini terbukti bahawacouple itu haram kerana ia mendekatkan kita kepada zina. Zina adalah satu perkara yang amat keji sepertimana Allah telah berfirman diatas. Sedang Allah telah meletakkan hukum pergaulan untuk lelaki dan perempuan didalam Al-Quran :
a) Batas pergaulan untuk lelaki :
"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." (An-Nuur : 30)
b) Batas pergaulan untuk perempuan :
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. "
(An-Nuur : 31)
Allah telah menentukan apakah yang patut dilakukan oleh lelaki dan perempuan bagi memelihara kemaluannya yakni maruah dirinya daripada diceburi dan dicabuli. Ingin juga saya tekankan disini, ada segelintir pelajar yang duduk dengan perempuan untuk belajar dan untuk belajar. Kata mereka, "Kami nak belajar pon takkan tak boleh?". Ini adalah ayat untuk menyelematkan diri mereka. Tetapi ingatlah saudaraku, kamu selamat di dunia, namuntidak dihadapan Allah. Saya yakin, pada mulanya memang niat kamu ingin menimba ilmu, lagipun hanya perempuan atau lelaki itu sahaja yang bijak dan mahir dalam topik pelajaran itu. Percaya atau tidak dihati kamu akhirnya nanti dihasut syaitan Laknatullah untuk melakukan atau membayangkan pasangan kamu itu melakukan perkara-perkara yang bukan-bukan? Na'uzubillah Min zalik. Ingatlah saudaraku, syaitan itu sentiasa mencari jalan untuk merosakkan umat Islam. Dan antara sebab yang lain, apabila kamu belajar dengan seorang perempuan yang bukan muhrim, maka fitnah akan berlaku. Fitnah yang besar akan berlaku keatas dirimu sedang kamu niat hanya untuk belajar. Itulah hikmahnya Allah melarang kita untuk berdua-duaan lelaki dan perempuan bukan mahram.
Di dalam situasi study group pula. Ya, ada guru yang meletakkan study group dengan perempuan akan mendatangkan hasil yang baik kepada seorang lelaki. Lelaki akan terasa tercabar dengan perempuan. Tetapi sedarkah kamu wahai golongan pendidik bahawa kamu telah meletakkan anak muridmu sebagai 'kambing hitam' untuk mereka melakukan maksiat. Apakah kamu sudah lupa tugasmu sebagai pendidik ? Sepatutnya kamu sendiri yang perlu mendidik anak muridmu, bukan anak muridmu belajar dengan seorang pelajar yang lain yang bukan Mahramnya. Atau dengan lebih mudah, pada pandangan saya, perlukah lelaki dan perempuan study bersama (studygroup)? Tidakkah Allah telah menjadikan setiap manusia yang sama jantinanya dengan kepandaian dan kebijaksanaan masing-masing yang berlainan? Tidakkah ini akan mendekatkan mereka kepada zina ? fikirlah kamu wahai pendidik. Sesungguhnya Allah telah melantikmu sebagai pendorong mereka untuk berjaya. Ingatlah amanahmu. Dan pelajar pula, jika kamu hendak mencari Ilmu, maka kamu perlu mencarinya, bukan menunggu Ilmu datang bergolek kepadamu. Atau dengan lebih mudah, carilah gurumu untuk belajar, bukan guru mencarimu untuk mengajarmu.
Pesanan terakhir saya untuk tajuk kita pada hari ini, jangan jadikan sesuatu yang baik itu sebagai batu loncatan bagi dirimu untuk melakukan maksiat dan untuk kamu mendekati zina. Ilmu itu penting bagi kita sebagai seorang Muslim. Rasulullah S.A.W pernah bersabda :
"Ilmu tanpa amal umpama pohon tanpa buah"
Jika kamu menjadikan ilmu itu sebagai 'kambing hitam' untuk kamu melakukan maksiat, maka ingatlah azab Tuhanmu yang amat-amat pedih. Jadilah kamu golongan yang menegakkan agama Allah (Islam). Yakinlah dengan janji Allah iaitu :
"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad : 7)
Dengan itu saya akhiri artikel saya pada kali ini dengan Astaghfirullahal 'azim. Yang baik segala-galanya daripada Allah dan yang buruk hadirnya dari kelemahan diri saya sendiri. Assalamualaikum.
dikongsi oleh mieka 0 kata-kata
Wednesday, March 2, 2011
Cara Menghapuskan Al-Quran Lama
Saya percaya, kat rumah korang mesti ada al-Quran, mukadam ataupun buku yaasin yang lama-lama bukan? maksud saya, yang dah dimakan serangga dan tak boleh nak dibaca lagi. Pernah dengar tak, macam mana caranya orang menghapuskan Al Quran lama nie tapi tak pasti yang mana betul??
Pusat Pelupusan Percetakan Saufi kendali usaha musnah al-Quran, buku teks, surah Yassin dan risalah mengandungi petikan ayat suci :
DIRIWAYATKAN, seorang sahabat menjumpai al-Quran, menyapukan wangian padanya dan menyimpan di tempat tinggi. Bagi sahabat itu, Allah janjikan syurga. Begitu juga Saidina Umar yang terjumpa keratan al-Quran lalu diambil dan diciumnya, Allah memberikan pahala. Inilah kebesaran untuk mereka yang menjaga serta mengagungkan kalimah Allah yang diwahyukan kepada rasul-Nya, Muhammad SAW, menjadi petunjuk kepada umat sekalian alam, tidak kira bagaimana cara dilakukan.
Malangnya, tidak ramai yang tahu cara tepat untuk melupuskan kita suci ini. Kejahilan ramai inilah yang turut mendorong sebuah syarikat tempatan iaitu penerbitan Al-Quran Mushaf Uthmani, Percetakan Saufi menawarkan khidmat pelupusan al-Quran menerusi Pusat Pelupusan Ayat Al-Quran Percetakan Saufi di Batu 10 Cheras, Kajang, Selangor.
Malah, pengalaman Pengerusi Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, menyaksikan sendiri naskhah al-Quran dilonggokkan bersama buku lain di pusat pengumpulan barangan kitar semula miliki bukan Islam, menjadi antara titik tolak kewujudan syarikat itu pada 2008.
“Terkejut dan sedih apabila melihat al-Quran dibiarkan bersepah di pusat kitar semula dan ini menyedarkan saya mungkin ramai tidak tahu bagaimana hendak melupuskan al-Quran. Orang dulu akan bakar tetapi timbul juga persoalan selepas dibakar nak buat macam mana pula?
“Jika ditanam, perlu dipastikan tempat itu tidak di langkah atau abu hendaklah ditaburkan ke laut. Itu yang terlintas di hati saya untuk membantu mereka yang ingin melupuskan al-Quran terutama yang sudah lama dan koyak. “Selain itu, saya ingin pastikan keagungan ayat Allah dipelihara dan cara saya ialah menyediakan kemudahan mengumpul dan membakar al-Quran supaya umat Islam tidak lagi membiarkan ayat al-Quran begitu saja,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Menurut Rahmat, pihaknya sentiasa mengalu-alukan bantuan orang ramai untuk memastikan al-Quran yang sudah buruk, tidak berkulit dan terkoyak tidak diaibkan dengan dibiarkan begitu saja.
Sebagai usaha menyelamatkan serta memelihara kesucian kalimah Allah, beliau dan keluarga memulakan usaha mengumpul al-Quran, buku teks, Yasin, risalah, akhbar mengandungi surah dan cebisan al-Quran. Hatta, kad jemputan kahwin yang ada kalimah Allah turut dikumpulkan.
Katanya, bahan terkumpul itu kini dibakar secara berkala menggunakan mesin insinerator dan abunya sama ada ditanam dalam telaga khas yang digali di kawasan pengumpulan dan pelupusan atau dihanyutkan di laut di Negeri Sembilan.
Mesin pembakar khas untuk tujuan melupuskan barangan bercetak ayat Al-Quran mengikut prosedur dan syariat Islam iaitu secara pembakaran selaras keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-30 yang bersidang pada 22 Ogos 1992.
Rahmat berkata, Percetakan Saufi adalah syarikat percetakan yang telah diberi lesen oleh Bahagian Kawalan Penerbitan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membekal, mengganti dan mengambil Al-Quran lama bukan Mushaf Uthmani bagi tujuan pelupusan.
Syarikatnya juga mendapat kebenaran Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran untuk membekal dan memulihara ayat suci di sekolah kebangsaan dan sekolah agama di seluruh negara. Syarikat itu turut mengumpul dan melupuskan Al-Quran lama yang disalah cetak dan tidak mendapat kelulusan Lajnah Tashih Al-Quran KDN terutama yang dicetak sebelum 1990, mengandungi perkataan salah dan jika dibaca membawa maksud salah serta mendatangkan dosa.
Rahmat berkata, selepas usaha Percetakan Saufi itu disiarkan Berita Harian pada Mac lalu, sambutan orang ramai untuk menghantar pelbagai barangan bercetak ayat al-Quran semakin hebat dan menggalakkan.
Melalui kesungguhan itu katanya, tempat pengumpulan al-Quran di Batu 10 Jalan Cheras, Kajang, semakin hari dipenuhi al-Quran dalam pelbagai rupa, buku teks, kertas kerja, malah plet mencetak juga turut dihantar untuk dilupuskan menggunakan bahan kimia.
“Kami bersedia menerima jumlah yang lebih banyak dan saya berbangga jika ada yang ingin mengikut jejak langkah Percetakan Saufi memberi khidmat sukarela ini. Ini usaha memelihara ayat suci al-Quran dan saya hanya memulakan dulu. “Jika ada pihak lain ingin membantu, itu lebih baik kerana permintaan untuk perkhidmatan ini semakin meluas. Sudah ada permintaan supaya diadakan di wilayah selatan serta utara,” katanya yang sedang membangunkan mesin insinerator kedua bagi tujuan itu dan dijangka siap Disember ini.
Selain pengumpulan dan pelupusan al-Quran, Percetakan Saufi menganjurkan program Skim Al-Quran Wakaf Malaysia bagi menggalakkan umat Islam bersedekah melalui amalan wakaf untuk diedarkan kepada pihak memerlukan. Melalui skim wakaf itu, individu atau syarikat boleh menyumbangkan RM30 untuk naskah Al-Quran Mushaf Uthmani yang kemudian diedarkan ke masjid, surau, rumah anak yatim, rumah kebajikan, sekolah dan maahad tahfiz. Mereka yang ingin menyertai Skim Al-Quran Wakaf Malaysia boleh menghubungi syarikat itu di nombor 03-26933049/03-26915184.
Usaha syarikat itu turut menarik minat tenaga pengajar di Masjidil Haram di Makkah, Dr Syeikh Md Idrees Al Mashrafe, yang menyifatkan ia harus disokong semua pihak terutama umat Islam negara ini. Katanya, menjadi tanggungjawab umat Islam memastikan kesucian serta kesejahteraan al-Quran yang mengandungi kalam Allah itu sentiasa terpelihara dan jika sudah rosak, hendaklah dilupuskan mengikut tertib.
“Inisiatif Percetakan Saufi menghasilkan mesin insinerator khas untuk membakar al-Quran yang sudah tidak boleh digunakan atau tersalah cetak sewajarnya mendapat sokongan kerana usaha ini bukan mudah, apatah lagi ia dilakukan secara sukarela.
“Saya berharap kerajaan dan orang kaya membantu usaha ini kerana tanggungjawab umat Islam memelihara kesucian mukjizat Nabi Muhammad,” katanya yang mengunjungi pusat pelupusan berkenaan.
'Elak cebisan, abu al-Quran dipijak atau dilangkah'
PELUPUSAN ayat suci al-Quran perlu dilakukan dengan tertib dan setiap aspek diberi perhatian teliti termasuk memastikan abu daripada bahan bakar mengandungi kalimah Allah itu tidak berterbangan, bersepah, dipijak atau dilangkah.
Pengerusi Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, berkata proses pembakaran ayat suci al-Quran menggunakan mesin insinerator khas turut melalui peringkat percubaan dan penambahbaikan. Menurutnya, proses pembakaran al-Quran pada awalnya tidak berjaya kerana keadaan naskah al-Quran yang agak tebal.
Selepas itu katanya, timbul idea untuk mencarik al-Quran termasuk kulitnya yang tebal menggunakan mesin pencarik menjadi helaian kecil yang lebih ringan serta terurai supaya lebih mudah dibakar dan menjadi abu halus.
“Pada mula kami bakar naskah al-Quran terus tetapi memakan masa yang lama dan ada kalanya apabila selesai, ada yang masih tidak terbakar. Kemudian datang ilham untuk mengoyakkan helaian al-Quran terlebih dulu. Bagi memudahkan kerja, saya menghasilkan mesin pencarik yang boleh mengoyakkan kulit al-Quran serta kertas tebal menjadi helaian kecil. Kertas yang kecil lebih ringan, senang dibakar dan lebih mudah menjadi abu,” katanya.
Mesin pencarik kertas itu dihasilkan daripada ideanya sendiri kerana yang ada di pasaran tidak sesuai untuk mencarik kulit al-Quran yang tebal. Awalnya beliau membina mesin itu di Indonesia tetapi hasilnya tidak memuaskan dan yang digunakan kini dibina anak tempatan.
Proses pembakaran dimulakan dengan meracik al-Quran menjadi helaian kecil sebelum dimasukkan ke dalam raga dan dibawa ke mesin insinerator untuk dibakar. Mesin perlu dipanaskan menggunakan gas industri selama empat jam untuk mendapat suhu 600 darjah celsius.
Kertas seberat 300 kilogram dimasukkan pada satu-satu masa ke dalam insinerator melalui dua pintu iaitu pintu utama (berbentuk bulat) jika mesin masih belum panas dan pintu kedua (berbentuk empat segi tepat di bahagian sisi mesin) apabila haba semakin panas.
Kepanasan ruang bakar membolehkan 100 kilogram kertas dibakar dalam masa sepuluh minit dan kemudian abu dibiarkan selama empat jam untuk sejuk sebelum dimasukkan ke dalam bekas menyimpan abu.
Abu yang berterbangan semasa proses pembakaran akan ditangkap oleh mesin aliran air. Abu akan dimasukkan ke dalam plastik atau guni sebelum dihanyutkan ke laut. Pada waktu kecemasan seperti hujan lebat, abu akan dicampurkan dengan air supaya mudah larut sebelum dikebumikan menggunakan corong dalam telaga yang digali di kawasan pelupusan.
Mesin insinerator boleh membakar satu setengah tan kertas pada satu masa dan proses itu memakan masa antara empat hingga lima jam. Keseluruhan proses pembakaran memakan masa lapan hingga sembilan jam termasuk untuk menyejukkan abu.
Rahmat berkata, walaupun nampak mudah, proses pelupusan al-Quran melalui pembakaran itu perlu dilakukan dengan berhati hati kerana tidak ada sehelai kertas tercetak ayat al-Quran atau abu boleh dibiarkan bersepah.
Katanya, pihaknya turut mengupah pekerja untuk mengasingkan kulit tebal dan kertas yang memakan masa serta tenaga kerja, begitu juga untuk mengendalikan mesin meracik bagi memudahkan pembakaran.
Proses pembakaran dilakukan dua kali seminggu atau mengikut keperluan terutama apabila kertas yang sudah diracik semakin banyak.
Sekian, Bertambahlah pengetahuan aku untuk hari ini..
dikongsi oleh mieka 0 kata-kata